Selamat Datang Ke Blog Ini. kedatangan anda amat dihargai. follow la jika mahu. Trima Kaseh. (:

Tuesday 27 September 2011

Aku suka lagu niiii .


Engkau tersenyum malu
Bila ku bertanya
Adakah diriku ada di hatimu

Aku amat terasa
Lirikan manjamu
Membuat diriku terus terlena
Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar
Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu
Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar
Indahnya rasa bila dicintai
Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar
Oh kasihku
Cintailah diriku
Sayangilah hatiku
Sepenuh jiwamu

Monday 26 September 2011

Kak Far.

Salam Sejahtera semua.
curi masa kejap nak update sikit.
tadi tak datang sekolah sebab nak hantar kak far. adik-adik yang lain pun semua komplot tak nak pergi sekolah. kak faz pula balik petang semalam sebab nak ikut hantar kak far.

jujur aku cakap,aku sebak time peluk kak far. aku tak mampu nak cakap apa-apa. rasa pelik berjauhan dengan kak far. sebelum ni dia pergi polli,aku macam tak kisah sangat sebab aku tahu dia selalu balik rumah. tak pun kami sekeluarga selalu jenguk dia kat polli tapi kali ni dia dapat Unimas Sarawak,aku rasa dia jauh sangat. lepas ni kak far dah tak selalu balik. paling kurang pun balik setahun sekali.

Nurul Farahin Adnan,
jaga diri baik-baik yaa disana,
jaga pemakanan,
jaga kesihatan.
akak selalu laa update blog yaa. 
masuk kan gambar banyak-banyak.
nanti semua kat rumah ni tahu perkembangan akak.
eija sayang akak,kena ingat tu sampai bila-bila.
kesedihan terserlah di wajah kak far.

Friday 23 September 2011

Sambutan Merdeka Raya

Salam Sejahtera.
Setelah selesai hadapi peperiksaan percubaan SPM,baru laa sekolah membuat sambutan penutup bulan kemerdekaan dan sambutan aidilfitri pada jumaat yang mulia. tahun ni sambutan agak seronok berbanding tahun-tahun lepas. tahun ni macam meriah sikit laa. haha. okay laa. jum tengok gambar.

Farhana. 

ketua kelas, Faiz.
sikit tak cadang pakai baju sama warna. hanya kebetulan.

Wanie dengan Syaza.

Miaa,Farhana,Syazana.

penolong ketua kelas , Syazwanie.

Fatin Hamimi. ramai lelaki suka kacau hidup dia. terutama *u*** 

mereka couple,Helmi & Miaa.

yang ni pun pasangan yang suka berkepit. Kucai & Bella.

kelakar owh gambar ni.
Faiz,Kucai,Ana,Wanie.

Gadis-gadis cantik.

Jejaka-jejaka tampan.

seluruh warga MPV tahun 2010-2011yang selalu menceriakan kelas.
Adam,Aman,Ghazali,Amira yang tidak ada.



aku tersenyum melihat gelagar pelajar yang lain bila pengetua menyanyi lagu raya di atas pentas. meriah gilak. persembahan yang lain pun terbaik laa.


dan lepas sambutan kat sekolah habis,aku ana dengan syazana pergi alamanda nak cari bahan untuk buat amali sementara tunggu zohor. open house Nabilah lepas zohor.





dah puas berjalan,bergambar kat alamanda,baru laa bertolak pergi rumah Nabilah lepas zohor.

Faeez , Helmi.

Kucai dengan Ana.

Faiz dan tuan rumah,Nabilah.

Fadhli , Helmi.

Syaza,Nabilah,Liya.


Ana dengan budak yang tengak kekenyangan tu. haha.

and lastly,gambar saya sendiri laa. haha. 
trima kaseh berkunjung.
(:

Wednesday 21 September 2011

Kebodohan diri

dilanda demam,
batuk tak henti,
selesema memanjang,
kepala berdenyut,
tiada selera makan 

percaya atau tidak,
dalam sehari je aku jadi macam ni hanya disebabkan seorang lelaki. 
mulut dia manis gila macam gula-gula.
macam-macam ayat dia bagi aku tersenyum.
lepas tu dia tinggalkan aku macam orang bodoh je.

ITU SEBAB AKU MALAS NAK BENCINTA.  

aku benci kaw BUAYA ! 

Sunday 18 September 2011

Pemergian seorang atuk.

Salam.

Zakaria B. Abdullah.
atuk tersayang. 
beliau telah pun kembali ke rahmatullah pada pagi jumaat yang indah iaitu 16september jam 3pagi. 

aku kat rumah waktu tu. malam tu semua keluarga aku balik kampung nak tengok atuk kat hospital. aku dengan abang aku tak ikot sebab teringatkan peperiksaan percubaan tak habis lagi. aku duduk rumah dengan abang. syahirah temankan aku tidur kat rumah sebab abang keluar. waktu aku dapat mesej dari tiaa  cakap atuk dah meninggal,sebak dan terus kemas baju untuk balik kampung. aku bertolak pukul 5pagi dengan abang. sampai kampung dah pukul7 lebih. semua adik beradik mak ada bersama disisi atuk. 

pukul12 tengah hari atuk sudah selamat dikebumikan. alhamdulillah. dan malam tu buat kenduri tahlil. semua saudara-mara berkumpul bersama. terasa seperti ini kali pertama seluruh ahli keluarga berkumpul.  

aku balik rumah hari sabtu dengan abang dan kak far. mak ayah dan adik-adik balik hari ni.

alhamdulillah semuanya sudah selesai. 
semoga arwah atuk ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.
amin.

Al-Fatihah. 

Wednesday 14 September 2011

Tiaa


Nurul Fatihah Adnan.

Happy Birhday.
semoga sentiasa gembira.

adik tersayang. selalu kongsi cerita dengan dia,selalu bergurau senda dengan dia,selalu bergosip dengan dia. banyak benda kita orang buat bersama. wahh. sweet kan? hehe. birthday pun hanya selang seminggu je. haha. okay laa. malas nak taip panjang-panjang. 
apa yang penting,
I LOVE YOU.
:D 

Monday 12 September 2011

Open House Ahad.

Hello.
today sangat-sangat gembira. kenapa? sebab kerja kursus dah siap. yeah. lega sangat sebab dapat siap kan. dan hari ni gembira dapat jumpa Ayuni,Faizeen. pergi rumah Ayuni petang tadi. dapat jumpa kawan yang lain. seronok. okay . malas dah nak taip panjang-panjang. nanti korang bosan pulak. haha. jum tengok gambar sambil saya perkenalkan barisan pelakon untuk drama rumah terbuka ni. haha. :D

 yang ni namanya Nadia Faizeen. tak rancang pun nak pakai baju sama warna.

yang ni pula adik Ayuni. Ayu.

teman terbaik,Ayuni.

Nadia Faizeen bersama Aqilah. mula-mula jumpa Aqilah ni,dah macam selalu jumpa tapi tak ingat kat mana. lepas tu ada yang bagi tahu dia pemain bola jaring sekolah. padan laa.

Ayuni dan Fareed.

 yang ni Syafiq. rasa macam nak tumbuk kan bila tengok muka dia ni? haha.

bersama Nadia Faizeen dan Ayu.


bergambar dengan Nadia Faizeen dan Ayuni. terasa rendah diri bila bergambar dengan dorang ni. dorang cantik kan?

Fareed,Syazwan,Faizeen,Ayuni dan saya.

Syafiq dengan adik Ayuni.

sambil beraya,sambil belajar add math.

gosip dengan Ikhsan. haha.

rasa macam nak sekeh je mamat ni sebab datang lambat sangat. haha.

 ini laa pemilik blog ni. yaa yaa,saya tahu saya tak cantik macam korang. haha.


habis laa drama. berpeluh tulis cerita ni. haha. okay laa. undur diri dulu. nanti sambung cerita lagi yaa.
peace.
:D 

Wednesday 7 September 2011

Tanggal 7 September

Salam Sejahtera pembaca yang disayangi.
Alhamdulillah,aku memanjat kesyukuran ke hadrat ilahi mataku masih celik lagi sehingga ke hari ni. genaplah umurku 17tahun. 

tunggu sampai pukul12 nak panggilan percuma sebab nak gayut dengan ehem2. eleh,mungkin ada yang dapat agak siapa gerangannya. haha. :)

 hari yang menarik. wahh. menarik gitu.
okay,hari ni faizah datang sekolah dengan senyuman. 
yess, senyum. senyum. senyum lagi faizah . :D :D
jawab kertas soalan pun dengan senyuman. haha.
dan bila tamat waktu sekolah,datang dua tiga orang bodyguard pegang tangan,beg sekolah sebab tak nak aku lari. aku pon ikut la macam pak turun. gi surau solat zohor dan bila habis tu makan jap. haa. lepas makan,datang mamat mamat hensem ni gi baling tepung kat aku. air nya lagi. alahai. tak mampu nak marah dorang. hanya mampu jerit sekuat hati jee. gila sikit tak ada timbang rasa. adam pun kena tepung jugak. kasihan. kasihan.

tapi,tak kisah sangat pun. dorang hanya sukasuka je. maklum laa hari ni kan ulang tahun kelahiran aku. jadi,tak mengapa laa. senyum je. senyum lagi faizah. haha. :D

then nak balik rumah,ada pulak yang sudi nak hantar balik sampai depan blok. owh,trima kaseh yaa awak. buat susah je hantar lepas tu patah balik datang medan. hehe. :)

dah sampai rumah,ada orang bagi mesej suruh keluar rumah. aku pon keluar laa. datang laa adam bagi hadiah. lepas baling tepung tu,dia pergi alamanda sebab nak beli kan aku hadiah. buat susah je. trima kaseh. hadiah anda amat dihargai. :) 

Trima Kaseh banyak-banyak kepada keluarga,jiran tetangga,saudara-mara,rakan-rakan yang disayangi, junior di sekolah,semua rakan-rakan bukumuka,trima kaseh banyak-banyak mendoakan kejayaan saya. :)



okay,tibalah masa tukar lagu. nak buang lagu raya ni sebab mood raya dah habis. tukar ke lagu rancak sikit. baru la rancak otak ni nak belajar. haha. tak masuk akal. 

:D 

Saturday 3 September 2011

1 Syawal

Assalamualaikum.
alhamdulillah,selesai juga menjalankan salah satu tanggungjawab umat islam iaitu puasa. 
hari terakhir puasa sudah berada di kampung yang dirindui iaitu di Tanjung Malim,Perak. persiapan menjelang raya sangat seronok. semua bekerjasama membuat persiapan. di dalam rumah mengemas apa yang patut,di luar rumah pula memasak. sibuk sungguh. yang si kecik pun nak sibuk menolong. haha. mari teruskan membaca.


si comel ~ Wafa.


Malam raya buat bacaan yassin dan tahlil. sebenarnya itulah budaya kita. memanjat kesyukuran dengan membuat bacaan yassin. bukannya meraikan aidilfitri dengan sambutan mercun tanpa henti. itu bukan budaya kita sebagai umat islam. tidak terniat hendak memerli atau berbangga diri. sebaliknya cuma ingin memperingatkan.

di pagi syawal,seawal 6.30pagi seisi keluarga sudah bersiap dengan baju raya baru untuk ke surau bagi menunaikan solat sunat aidilfitri.

beramai-ramai ke surau.


sesudah solat sunat aidilfitri dilaksanakan,seisi keluarga berkumpul untuk sesi bermaaf-maafan.



dan lepas tu,apa lagi. kutip duit rayalah. tak sedar dah tua nak duit raya lagi. haha. tapi kat abang sendiri wajid mintak. haha. keseronokan terserlah dapat duit raya. tak boleh nak control ayu dah. habis orang ambik gambar pun sikit tak perasan. haha.

sesudah tu,sesi bergambar. 
keluarga En.Azhar


keluarga En.Aminuddin

keluarga Pn.Zainon

keluarga tercinta.
En.Adnan sekeluarga.
tema biru tahun ni. tapi tudung kakak tak masuk warna biru.



bergambar beramai-ramai.
kelihatan meriah kan?
alhamdulillah.

sesudah bermaafan-maafan,kami beramai-ramai pergi ke kubur melawat kubur pak cik.


kemudian kami beraya rumah jiran tetangga. setahun sekali.









dah puas kumpul duit raya walaupun tak banyak,rehatkan badan di sungai. mandi,berendam,melompat sampai kesejukkan. lepas tu baru ingat nak balik rumah. haha.


ni dah sejuk baru ingat nak balik. kalau tak mandi tak ingat dunia.
~pic hodoh.

pabila malam menjelma,selapas solat isyak kami beraya lagi. pergi rumah En.Mazidul.
macam-macam dia kongsikan pengalamannya mengembara. kisah hantu,kisah tu,kisah ni,macam-macam laa.


tengok tu. bukan main terpegun lagi dengar cerita En.Mazidul tu. 

kami sempat bergambar lagi dengannya.

ni dengan abang tersayang,Aizuddin Fahmi. 
tengok rupa pakai tudung tu. first time pula saja-saja nak pakai. selekeh kan? haha. tahu dah. 

sesudah penat seharian beraya,pukul1 baru terlelap. penat tapi seronok. duit raya saya tak banyak pun tahun ni. sikit je. biasalah dah besar. haha. baiklah. saya berhenti setakat ini dulu. nanti bila ada masa lagi,saya buat cerita baru. then tayangkan kat pawagam. cewaah. bajet je. haha.

Salam Aidilfitri.