Salam.
Zakaria B. Abdullah.
atuk tersayang.
beliau telah pun kembali ke rahmatullah pada pagi jumaat yang indah iaitu 16september jam 3pagi.
aku kat rumah waktu tu. malam tu semua keluarga aku balik kampung nak tengok atuk kat hospital. aku dengan abang aku tak ikot sebab teringatkan peperiksaan percubaan tak habis lagi. aku duduk rumah dengan abang. syahirah temankan aku tidur kat rumah sebab abang keluar. waktu aku dapat mesej dari tiaa cakap atuk dah meninggal,sebak dan terus kemas baju untuk balik kampung. aku bertolak pukul 5pagi dengan abang. sampai kampung dah pukul7 lebih. semua adik beradik mak ada bersama disisi atuk.
pukul12 tengah hari atuk sudah selamat dikebumikan. alhamdulillah. dan malam tu buat kenduri tahlil. semua saudara-mara berkumpul bersama. terasa seperti ini kali pertama seluruh ahli keluarga berkumpul.
aku balik rumah hari sabtu dengan abang dan kak far. mak ayah dan adik-adik balik hari ni.
alhamdulillah semuanya sudah selesai.
semoga arwah atuk ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.
amin.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment