Selamat Datang Ke Blog Ini. kedatangan anda amat dihargai. follow la jika mahu. Trima Kaseh. (:

Monday 27 June 2011

Isnin

hari ni pengetua bagi cuti semperna hari sukan sekolah yang berlangsung semalam. tapi aku tetap pergi sekolah macam biasa. cikgu suruh datang buat amali. aku,bella nawi dengan mia je yang datang sekolah. pukul8 dah datang medan tunggu bella dengan mia sampai. pukul8.30 baru masuk sekolah. dengan hujan lebatnya. alahai. terpaksa la juga. cikgu datang pukul7. apalah cikgu tunggu pelajar. haha. buat amali macam biasa,pukul1 baru selesai semuanya. duduk dengan cikgu jap borak-borak. cerita pasal atin. lepas tu baru balik. haha. singgah lunch kat medan jap. pukul2 balik rumah. penat.

Hari Sukan 2011

Salam Sejahtera.
cerita 26jun2011 (ahad)
hampa. tu perasaan yang ada sekarang ni. hampa sebab kawad kaki uranus jatuh ke nombor4. dari 2003 tahun sekolah dibuka,kawad kaki uranus tak pernah dapat tempat lain selain juara. dan tahun ni,terus jatuh ke nombar terakhir. orang yang lagi hampa adalah abang haikal. hmmm. semua orang kecewa tapi nak buat macam mana. tak ada rezeki. tahun ni rumah zuhrah johan kawad. dan keputusan keseluruhan adalah,
Johan : Marikh
Naib Johan : Uranus
Ketiga : Zuhrah
Keempat : Neptune
apa-apa pun semua ni dah terjadi. tak boleh nak salahkan sesiapa. semua pihak dah berusaha sebaik-baiknya tapi nasib tak menyebelahi kami sepasukan.

okay,
ni aku nak luahkan pasal seorang perempuan ni yang tak tahu la bila perangai dia nak berubah. angkuhnya bukan main lagi. dia terlalu bangga dengan kebolehannya yang kuat lari. kalau boleh semua acara lari dia nak masuk. tak nak bagi orang lain peluang. bukan tu je,bila cikgu dah pilih orang lain untuk masuk acara tu,dia bukan main lagi bangkah tak setuju kalau ada orang yang lari lambat. ikot kepala dia je. aku masuk acara lari 4x100 dengan dia dan dua orang lagi. dan bila acara dah selesai dan memperolehi kekalahan,habis-habisan dia salah kan aku. nak tahu dia kata apa? dia kata macam ni " weyh,bapak lembab kaw lari. kalau kaw speed tadi kita dah bolah dapat tempat bongok. " aku yakin,kalau dia cakap macam tu kat korang,mesti korang sakit hati kan? tipu lah kalau cakap sikit tak terasa. haih. apa punya manusia lah dia ni. sikit tak mempedulikan perasaan orang lain. fikirkan kepentingan dia je. dia cakap disebabkan aku masuk dia tak dapat medal. semua acara yang dia masuk,semua dapat hadiah kecuali 4x100. dan dia salahkan aku. tapi sebenarnya dia juga yang salah. mon cakap waktu dia mula-mula nak lari,dia hampir2 terjatuh. jadi sepatutnya salah dia bukan salah aku. aku dah habis speed tapi dia kata aku lembab pulak. bagi dia,kat dunia ni dia sorang je yang lari laju. angkuh betul. tapi tak pernah pulak pecahkan rekod sekolah. hmmm. harap-harap dia berubah la. (:

Thursday 23 June 2011

Minggu Sukan.

Salam.
semasa sedang menaip ni,badan terasa sangat sangat penat,letih. 
minggu ni sibuk dengan sukan. tadi pun ada raiptai sukan. ahad ni baru berlangsungnya hari sukantara. tadi aku siapkan sepanduk,banner,4bendera dan aksesori untuk kawad. sepanduk dah siap,banner pun dah siap. bendera tak habis lagi. sikit je lagi. dua dah siap,dua hampir siap. tu pun sebab gambar yang tengah tu menyusahkan nak warna. aksesori untuk kawad pula dah siap. so,tinggal sikit je la lagi tugas yang perlu
dilaksanakan. esok kalau ramai pembantu yang menolong,siap la. tapi kalau ade 3 4orang je yang datang,nampaknya kena datang sekolah la sabtu. insyallah boleh siap.

tadi cikgu umumkan kedudukan markah rumah sukan setakat ni. 
1-zuhrah
2-marikh
3-uranus
4-neptune
rasa nak menangis je bila cikgu umumkan. tak sangka tempat ketiga. tapi apa-apa pun masih ada peluang lagi nak menang. kawad kaki,larian,bola jaring masih belum berlangsung. harap-harap kemenangan masih lagi menyebelahi kamu sepasukan uranus. amin.

Wednesday 22 June 2011

Not in the mood

Salam Sejahtera.
hari ni seharian aku tak ada mood. 

1.sebab persembahan yang entah apa-apa. tak kisah sangat pun.

2.sebab ada orang buat taik dengan aku. aku tanya dia elok-elok tapi dia bagi jawapan yang sangat menyakitkan hati aku. aku tak tahu la apa masalah dia sebenarnya. suka sangat buat aku sakit hati. dia ingat aku ni tak ada hati ke nak layan aku sampai macam tu. bukan sekali ni je dia macam tu,dah banyak kali dah. aku diam je la. ingat kan dia gurau-gurau je tapi kalau dah banyak kali macam tu,gurau apa lagi tu. haih. menyakitkan hati je.

3.sebab ada la seorang hamba Allah yang baik sangat kritik aku. dia cakap muka aku banyak panau dan lagilagi. aku malas la nak tulis kat sini apa yang dia cakap tu. kalau yaa pun la nak kritik,boleh tak cakap dengan elok. aku ni tak kisah sangat kalau orang nak kritik aku tapi biarlah dengan cara yang elok. tapi kalau cakap dengan gaya seperti mengejek,siapa yang tak kecik hati. tahu la awak tu habis kachak,tapi ingat sikit kekacakkan awak tu datang dari siapa. tak sampai tua pun awak akan kekal macam tu. nanti berkedut juga.

4.sebab cas handphone aku rosak. sebelum ni boleh je tapi tak tahu la kenapa tadi dia mengedik gila tak nak hidup. nak mati awal sangat pun apa guna. haih. lepas tu nak on komputer untuk cas,tapi komputer pulak tak boleh nak hidup. alahai. menyakitkan hati betul la. lepas ni tak guna handphone dah la kot. cas komputer dengan komputer dah mati tak nak hidup dah.

aku benci hari ni. 
harap esok hari yang lebih baik dari hari ni.

Sunday 19 June 2011

Hari ayah .

ayah tersayang,ADNAN B. ABD SHUKOR
SELAMAT HARI BAPA.
aku bersyukur dikurniakan seorang bapa yang penyayang,penyabar. tak pernah jemu memberi ilmu,kasih sayang dan keperluanku dari kecil sehingga sekarang. trima kaseh ayah. eija mintak maaf atas segala kesalahan eija. eija tahu ayah marah sangat bila eija bagi tahu skrin kamera pecah. eija tahu salah eija tak dengar cakap mak jangan bawak kamera. maaf sebab terpaksa keluarkan duit untuk baiki kamera tu. beribu-ribu kemaafan dipohon.
trima kaseh ayah untuk segalanya.

bagi ayah kad besar yang dibuat sendiri dengan kakak dan tadi buat kek untuk ayah sambut hari bapa. cik yus sekeluarga langkah kanan,macam tahu-tahu je nak sambut. sambut dengan cik yus sekali. dua jam setengah duduk dapur siap kan kek tapi makannya 10minit je. habis licin kek. haha.

Saturday 18 June 2011

Kem Qiamulail

Salam,
kem qiamulail di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada petang jumaat hingga pagi sabtu amat memberi kepuasan kepadaku. malam jumaat lepas solat isyak ada sikit aktiviti dalam kumpulan. kumpulan aku iaitu kumpulan8 dapat johan dalam pertandingan tu. alhamdulillah dapat juga aku lakukan qiamulail seawal 4pagi tu. kemudian solat subuh. lepas sarapan ada riadah sikit dan balik. sampai rumah cari katil tidur. haha.

percubaan SPM pada 8ogos. tinggal sebulan lebih lagi. 
Qiamulail

hanya 6orang pelajar je dari kelas kami yang tak pergi. 

*muka tak boleh kelakar lagi ke faizah? haha.

Wednesday 15 June 2011

Syaza

Syaza Safiya,
tadi birthday dia. selang sehari birthday wanie. amali tadi buat roti ban. dorang curi tepung nak baling dekat syaza. petang tadi patut nya ada latihan rumah sukan kuning dengan merah. tapi dibatalkan sebab semua guru menghadiri jamuan. syaza dah semangat nak pergi. sebelum balik lagi dia dah tukar baju sukan. so,bila dapat pengumuman latihan rumah sukan dibatalkan,apa lagi. balik tu dorang baling tepung kat syaza. wanie pun kena laa kot. aku tak ada waktu dorang baling tepung sebab aku balik dulu. ada tugas lain yang kena buat. macam rugi pula aku tak dapat join dorang. alahai. haha. x pe la. :)

Happy Birthday Syaza.

Tuesday 14 June 2011

Wanie

today is a brithday this girl,
Nurshazwani Abu Talib.
tapi tak dapat nak baling tepung kat dia sebab dia balik awal tadi. kalau dia ada latihan sukan petang tadi,memang tak boleh nak lari la. haha. tapi tak mengapalah. nanti bila sambut hari lahir bulan6 sekali dengan syaza,habis mandi tepung laa. haha. okay then,happy birthday wanie. :)

Sunday 12 June 2011

Menyesal

menyesal dan berjanji tak kan ulangi lagi segala kebodohan aku dulu tu.
sumpah,aku rasa bodoh sangat. tak fikir panjang. terlalu fikirkan kebahagiaan konon. tapi lepas tu semuanya hilang. hilang tanpa kebahagiaan. 
sumpah lepas ni,aku janji pada diri aku,aku tak kan buat lagi.
tak kan,
tak kan,
dan tak kan.
aku dah berubah.
kesalahan dulu tak akan aku ulangi lagi.
aku janji pada diri aku sendiri.

Thursday 9 June 2011

setengah hari di perpustakaan

Salam,
hari ni pagi lagi dah bangun. okay,tak la pagi sangat. tapi pukul9 pagi la juga kan? haha. pening.
okay. bangun seawal pagi berhajat untuk ke perputakaan presint9. belajar dengan kawan dari pukul11 sampai pukul3 dan lepas tu dalam pukul3 bella ajak pergi alamanda sebab dia nak beli nombor baru. haa. bukan nombor ekor la. simkad baru. aku memang tak nak datang alamanda sebab malas gila. lagi pun kerja sekolah banyak lagi nak kena siapkan. dah dia beriya sangat nak beli nombor,hantarkan la juga. dia berhenti dekat alamanda tapi aku terus pergi perpustakaan kat presint16 pula. ingat kan nak balik rumah terus tapi kalau balik sudah semestinya naik katil tutup mata. haha. kalau duduk perpustaakaan tu dapat la juga habiskan 1kertas kerja. sampai situ teruskan kerja sampai laa pukul5 lebih. penat.

alahai,cuti sekolah hampir tamat. kejap betol cuti 2minggu.

hari ni ramai gila taksub nak tengok KL GANGSTER tu. best ke?
post yang ringkas. 
trima kaseh.

Wednesday 8 June 2011

Blog lamaa

Salam,
aku terasa macam nak menjerit sekarang. argggh !!
pagi tadi saja la gedik-gedik cuba buka blog lama tu. boleh pula. alahai. aku dah buat blog baru,baru nak boleh. aku ingat dah tak boleh buka lagi dah. eish,geram pulak aku. pelik juga kenapa tak boleh buka hari tu. nak kata post lebih,rasanya itu bukan masalahnya. kak amalina pon cakap yang post dia dah 200lebih tapi masih boleh je update lagi.
haih. masalah la. aku tak tahu nak guna blog mana satu ni. aku sayang blog lama tu tapi aku dah buat blog baru ni. tak kan nak delete blog ni. haih. tak nak la. hmmm. aku rasa lebih baik biarkan je ada 2blog. anggap la blog ni sambungan cerita blog yang lama tu. okay? :)
kalau-kalua terasa nak jenguk blog lama tu , silalah . http://lalunaija.blogspot.com/

Tuesday 7 June 2011

iwe punya besday.

Muhammad Faridzwan Rashid,
dikenali dengan panggilan iwe. kenal dengan dia ni waktu kem penghayatan taman laut. lepas balik dari kem tu,masih berhubung di facebook. dan sampai sekarang masih lagi berkawan. tadi men ajak datang blok iwe nak baling tepung. pukul3 baru aku pergi sana. sampai sana je dorang dah penuh dengan tepung. men,aben,ikhsan pon ada. aku ingat ramai laa rupanya dorang-dorang je. fareed je yang tak ada. sebenarnya aku tak suka baling-baling tepung ni,tapi tak best la pulak kalau aku datang hanya tengok dorang je. main la juga. haha.

iwe,
selamat hari lahir yang ke17. 
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezaki.
ceria selalu disamping orang tersayang. 
dan semoga-semoga kita dapat buat yang terbaik spm akan datang.
amin..

wish yang ke berapa ni iwe? haha.

Monday 6 June 2011

Abang sedara nikah

Assalamualaikum
setelah habiskan masa 1jam untuk memburukkan blog ni,akhirnya siap juga. burukkan? yeah,saya tahu. tak perlu cakap dah. haha.

khamis,jumaat,sabtu,ahad balik kampung tanjung malim,perak.
lepas solat jumaat bertolak ke kuala kangsar iaitu rumah pengantin perempuan. senja dah selamat sampai sana. dan lepas isyak terus mulakan majlis akad nikah. setelah semuanya selesai,pukul12 dah bertolak balik. pergi  sana 6buah kereta. ade 3walkie talkie lagi. haha. best owh. ada je gelaran setiap kereta. minah rempit,pucuk pisang,kuda merah. haha. dengan walkie talkie tu juga menyanyi-nyanyi,mengumpat. haha. dalam kereta je tu. boleh dikatakan sepanjang perjalanan tak ramai yang tidur. gelak-gelak je kerja. pukul 4pagi sampai rumah semua tidur. ingat kan pagi tu nak mandi sungai,tangkap ikan ramai-ramai tapi dah semua bangun lewat,memang tak jadi rancangan. haha.
malam tadi baru selamat sampai rumah. penat tapi pengembaraan yang seronok. :)

tiada gambar untuk post kali ni. harap maaf. :)

Katy

Nur Khadijah Binti Mahmad
teman aku yang paling comel. dia sporting,gila-gila. haha. rumah kami 1blok je. tak jauh pon. sepanjang aku berkawan dengan dia,tak pernah sekali aku rasa sakit hati dengan perangai dia. perangai dia sama je dengan aku. kadang-kadang kalau aku nak pergi mana-mana,dia laa orang yang aku ajak. haha. 
sayang katy. :)

Thursday 2 June 2011

Blog Baru

Assalamualaikum.
mungkin anda yang selalu berkunjung ke blog saya yang lama pelik kenapa dah lama saya tak update blog. bukan kerana malas atau tak ada masa nak update tetapi kerana blog yang lama tu tak boleh nak buka dah. setelah disiasat barulah tahu apa puncanya. haha. puncanya kerana post telah melebihi 200post. tu laa. rajin sangat update sampai dah tak cukup nak post. pengikut dah mula ramai,tapi dah tak boleh buka. dan semalam baru berkesempatan buat blog baru. nak buat wajah blog ni macam blog lama tu ingat senang ke? susah la. tapi cuba la dulu. haha. kalau tak keberatan,silalah follow blog saya ni yaa. :D