Selamat Datang Ke Blog Ini. kedatangan anda amat dihargai. follow la jika mahu. Trima Kaseh. (:

Saturday 30 July 2011

Saturday.

Salam.
trima kaseh kerana berkunjung ke blog saya yang bosan nak mati ni. haha. okay,post kali ni nak cerita sikit pasal hari ni. mari teruskan membaca.

lepas subuh dah tak sambung tidur sebab mak cakap nak keluar pergi beli baju raya. haih. kacau rancangan betul. ustazah ada buat jamuan dan suruh datang waktu makan tengah hari. terpaksa batalkan sebab nak beli baju raya. kalau tak,tak dapat laa baju raya. okay. sampai kL pukul9.30. seawal 9pagi tu dah mula sesak. sogo ada jualan murah. gila ramai orang. parking semua penuh terpaksa lah cari parking yang kena bayar mahal. haha. shoping. shoping. dan sampai rumah pukul2 petang. haih,penat. tapi agak puas lah sebab dapat baju raya dengan shawl yang cantik. haha.

rehat. rehat.

pukul4 siap-siap then pukul4.30 baru otw ke smkpp18(1) untuk ambik netbook. pemberian netbook 1Malaysia dari Dato Tengku Adnan. punya laa ramai haa. aku ingat kan aku tak la lewat sangat tapi aku dapat nombor ke 456 dari 500. alahai,sukanya. penat menunggu. pukul7.30 baru balik. gila awal haa. haha. and now dah berada di rumah sedang mengupdate blog dengan menggunakan netbook baru ni.

perasaan pabila dapat netbook ni ~ KOSONG.
sejujur-jujurnya aku cakap,aku tak rasa seronok,gembira. tapi aku macam rasa yang netbook ni bukan aku punya. hish,susah la nak ungkap kan perasaan ni dengan kata-kata. haha.

mata ngantuk.
THE END.

Friday 29 July 2011

Sisters.

My Levoly Sisters,
Nurul Farahin & Nurul Fazren
HAPPY BIRTHDAY,
sudah 21tahun akhirnya.
semoga dipanjangkan umur,
semoga sentiasa dimurahkan rezeki,
semoga sentiasa gembira dalam kahidupan.

MAAF,eija tak dapat nak belikan hadiah untuk akak. eija hanya boleh masak kan spegeti. pertama kali tu buat spegeti. khas untuk kalian. haha. 
:D

Thursday 21 July 2011

Tak Diundang.

Assalamualaikum.
SAKA.
saka akan datang apabila dipanggil atau dipuja oleh seseorang.
 okay,
aku ceritakan sikit apa yang terjadi pada 20julai2011.

pukul9.30 habis kelas sains,naik lah kelas untuk subjek seterusnya. dalam perjalanan nak ke kelas,tiba-tiba Cikgu Shariman menjerit suruh turun kantin sekarang. dengan terpinga-pinganya turun la tangga balik. then jumpa syamimi tanya la dia kenapa riuh-rendah. dia cakap ada orang kena histeria. lepas tu dengar orang menjerit. punya laa kuat. lepas tu terus turun ke kantin. semua orang diarahkan ke kantin. dah lepas tu ketua pengawas suruh tenang. duduk istifar banyak-banyak. habis je dia cakap,dengar orang menjerit. budak tingkatan3 kena histeria. lepas tu semua murid diarahkan naik ke dewan. dalam riuh-rendah nak naik ke dewan,sorang lagi menjerit-jerit kena histeria. kawan kelas aku sendiri. aku terus pergi kat dia,tenangkan dia. cikgu pun datang baca surah-surah. yaa Allah,waktu tu aku menangis sebab aku kesian tengok kawan aku sendiri yang kena.

dan bila dia dah okay,aku ikut aini ke bilik gim. seorang lagi kawan aku yang kena. bila aku sampai je bilik gim tu,abang pembantu pejabat tu cakap jangan pandang mata dia. aku pun tengok je la dia sebab waktu tu dia tengah tunduk. tiba-tiba dia angkat muka dia dan mata dia terus bertentang dengan aku. Yaa Allah,meremang aku tengok mata dia. merah menyala. langsung tak nampak anak mata hitam. sumpah menyeramkan.

lepas tu aku ke kantin,nak bawak kawan aku yang kena semua ke surau. ustaz yang arahkan bawak semua pelajar yang kena ke surau. kumpulkan satu tempat. bila aku masuk je surau bawak kawan aku,aku tengok kebanyakkannya pelajar perempuan. ada seorang je lelaki. lepas tu ramai ustaz yang tak dikenali datang surau. dan bila semuanya dah ada dalam surau,ustaz azan kuat-kuat. bila azan je,semua yang kena histeria menjerit-jerit. ustaz kamil pergi kat sorang-sorang nak keluarkan benda tu dalam badan dorang.

ramai yang dah okay dibawa ke dewan baca yassin dengan pelajar yang lain. hanya tinggal seorang je yang belum dikeluarkan. dia merapu-rapu cakap tanpa henti. ustaz sampai libas-libas dia,tapi dia boleh cakap tak sakit. siap cakap geli lagi. aku dah tak mampu nak tengok,aku naik ke dewan baca yassin dengan yang lain. dan lepas tu cikgu suruh panggil budak-budak yang lain ke bengkel teruskan jamuan. cikgu suruh istifar banyak-banyak. jangan fikirkan sangat. dan lepas tu kami tetap teruskan jamuan kelas sampai laa pukul4 petang.

tadi bila ditanyakan pasal saka tu dah dikeluarkan ke belum,cikgu cakap saka tu tak boleh dikeluarkan sampailah dia dibawa balik oleh bapanya. dan tadi dah tahu dah apa ceritanya yang sebenar. pelajar yang sakanya tak boleh dikeluarkan tu sebab dia puja saka tu datang pada malam sebelumnya. waallhualam.

Sunday 17 July 2011

Kenduri

Salam,
tengah hari tadi pergi kenduri kat dewan bawah blok. kenduri anak kawan mak. dua beradik naik pelamin. dua-dua sama cantik,dua-dua sama padan. 

pengantin si adik dengan pasangan. muda + cantik.

pengantin si kakak dengan pasangan.


tolong.

dah habis tu naik rumah bergambar dengan tiaa. haha.




tiaa.

and lastly,me. 
serba pink. 
bibir pun pink gilak. 
haha.

Friday 15 July 2011

PLKN

Assalamualaikum.
PLKN,
dengan sukanya aku cakap yang aku tak dapat PLKN. wahh. sukasuka. haha. dari awal lagi aku dah dapat agak yang aku tak dapat sebab abang aku dengan kedua orang kakak aku tak dapat pun. haa. nanti adik-adik aku ada laa yang dapat nanti. tapi kucai cakap,jangan nak seronok sangat sebab mungkin siri yang kedua dan ketiga nanti mungkin dapat. alahai. kucai nak takutkan orang je. mentang-mentang la dia dapat. wanie pun dapat. haha. tahniah.


okay,now nak wish birthday kat gadis cantik ni.

Nadia Faizeen binti Zanil Nazhar,
dia memiliki rupa paras semula jadi yang sangat cantik. orang yang sangat suka bergambar. gambar dia pula semuanya cantik-cantik. owh,jelesnya. haha. aku kenal dia sebab dia kekasih hati kawan ikhsan. pernah jumpa dan keluar bersama. sangat sporting orangnya. haha.
selamat hari lahir Nadia Faizeen,
semoga-semoga sihat selalu,
semoga-semoga dimurahkan rezeki,
semoga-semoga dipanjangkan umur,
dan semoga-semoga kita sama-sama usaha yang terbaik untuk spm akan datang.
cerialah selalu. jangan hilangkan senyuman dibibir.
anda sangat manis pabila dilihat dengan senyuman.

maaf sangat sangat tak jawab panggilan.
panggilan pukul2 tak diangkat sebab tengah belajar,
panggilan pukul11 tak diangkat sebab dah terlena.

~ikhlas dari temanmu. (:

Sunday 10 July 2011

Sweet Day.

Hellow there,
ini saya nak bercerita pasal semalam. 
okay,pagi semalam pergi tengok pertandingan nasyid. sokong kawan baik. tahniah kepada kawan-kawan kerana telah memperoleh pangkat johan.

dan lepas tengok nasyid,pergi perpustakaan. belajar sebentar sementara tunggu Yuni datang. dah nak pukol4 baru dia sampai. jerit-jerit,lompat-lompat bila jumpa Yuni. haha. bukan main suka lagi. duduk medan makan jap sampai pukul5 baru balik rumah.

bila dah sampai rumah,tiba-tiba Kak Far ajak bergambar. bila dah ada peluang macam ni,rugi la nak lepaskan. bergambar la puas-puas dengan tiaa serta Kak Far. lepas tu Kak Faz pulak baru balik. haa. dia pon join la sekali. haha. best.
jum tengok~

Me,Tiaa dan Kak Faz.


 Me,Tiaa dan Kak Far.
gambar bawah dah macam orang gila kan? haha.

ni pulak kakak tersayang.
Kak Far dan Kak Faz.

bila dah habis sesi bergambar,aku sambung lagi dengan webcam. haha. tak puas lagi tu.
tengok laa macam-macam aksi dikeluarkan.

jangan tengok gambar ni lama-lama. 
nanti rasa macam nak tumbuk sebeb kegedikkan sangan terserlah.
haha. :D

really i love this day. 
sebab dapat jumpa orang tersayang. 
hehe. (:

Thursday 7 July 2011

Tak Sedap Hati.

Salam.
setelah sekian lama tidak mempunyai masa untuk update blog,akhirnya baru sekarang berkesempatan untuk update blog ni. tiup-tiup sikit habuk. haha.

sepanjang tak update blog ni,banyak peristiwa yang berlaku. ni tak tahu nak cerita yang mana. haha. tak pe la. aku terus ke kisah hari ni.

sekolah aku akan buat kem kokurikulum pada 22,23 dan 24julai ni di Ulu Yam. aku dah bagi tahu mak dari minggu lepas lagi aku nak pergi kem tu tapi kena bayar RM90.00. dan pagi tadi baru aku bagi kat mak surat kebenaran untuk disain. mak cakap ayah tak bagi pergi sebab bayarannya sangat mahal. aku bagi tahu mak yang kem ni untuk dapatkan markah kokurikulum sebab sekarang tingkatan5 dah tak ada kokurikulum waktu petang dan digantikan dengan kelas tambahan. mak cakap tak payah la pergi. mak nak simpan duit. tapi aku nak sangat pergi. sebelum aku pakai kasut,aku tengok mak pandang je surat kebenaran tu lama-lama. mak macam keliru nak sain ke tak. waktu tu aku rasa serba salah sangat. lepas tu mak sain dan terus masuk bilik. lepas aku pakai kasut,mak keluar bagi duit. aku tengok muka mak macam terpaksa bagi duit tu.  mak hulurkan tangan untuk salam dan apabila aku dah sambut tangan mak,mak terus masuk.aku pergi sekolah dengan hati yang sangat keliru.

yaa Allah,aku tak tahu nak buat apa. aku nak pergi kem tu tapi aku tak nak pergi tanpa keredhaan mak ayah aku. aku tak nak terjadi apa-apa nanti sewaktu kat sana. hmmm. waktu kat sekolah,aku cerita kan kat kawan aku,dan dia cakap lebih baik tanya mak ayah dulu ikhlas tak bagi pergi ni. nanti kalau pergi sana tanpa keredhaan mak ayah,Allah tak redha dan macam-macam boleh berlaku. seharian aku berfikir dan aku dah ambik keputusan. esok aku tanya balik mak ayah aku yang aku boleh pergi ke tak. kalau ayah dengan mak tak kasi,aku pulangkan balik duit tu. tak mengapa laa. (: