Assalamualaikum.
SAKA.
saka akan datang apabila dipanggil atau dipuja oleh seseorang.
okay,
aku ceritakan sikit apa yang terjadi pada 20julai2011.
dan bila dia dah okay,aku ikut aini ke bilik gim. seorang lagi kawan aku yang kena. bila aku sampai je bilik gim tu,abang pembantu pejabat tu cakap jangan pandang mata dia. aku pun tengok je la dia sebab waktu tu dia tengah tunduk. tiba-tiba dia angkat muka dia dan mata dia terus bertentang dengan aku. Yaa Allah,meremang aku tengok mata dia. merah menyala. langsung tak nampak anak mata hitam. sumpah menyeramkan.
lepas tu aku ke kantin,nak bawak kawan aku yang kena semua ke surau. ustaz yang arahkan bawak semua pelajar yang kena ke surau. kumpulkan satu tempat. bila aku masuk je surau bawak kawan aku,aku tengok kebanyakkannya pelajar perempuan. ada seorang je lelaki. lepas tu ramai ustaz yang tak dikenali datang surau. dan bila semuanya dah ada dalam surau,ustaz azan kuat-kuat. bila azan je,semua yang kena histeria menjerit-jerit. ustaz kamil pergi kat sorang-sorang nak keluarkan benda tu dalam badan dorang.
ramai yang dah okay dibawa ke dewan baca yassin dengan pelajar yang lain. hanya tinggal seorang je yang belum dikeluarkan. dia merapu-rapu cakap tanpa henti. ustaz sampai libas-libas dia,tapi dia boleh cakap tak sakit. siap cakap geli lagi. aku dah tak mampu nak tengok,aku naik ke dewan baca yassin dengan yang lain. dan lepas tu cikgu suruh panggil budak-budak yang lain ke bengkel teruskan jamuan. cikgu suruh istifar banyak-banyak. jangan fikirkan sangat. dan lepas tu kami tetap teruskan jamuan kelas sampai laa pukul4 petang.
tadi bila ditanyakan pasal saka tu dah dikeluarkan ke belum,cikgu cakap saka tu tak boleh dikeluarkan sampailah dia dibawa balik oleh bapanya. dan tadi dah tahu dah apa ceritanya yang sebenar. pelajar yang sakanya tak boleh dikeluarkan tu sebab dia puja saka tu datang pada malam sebelumnya. waallhualam.
No comments:
Post a Comment