Salam.
setelah sekian lama tidak mempunyai masa untuk update blog,akhirnya baru sekarang berkesempatan untuk update blog ni. tiup-tiup sikit habuk. haha.sepanjang tak update blog ni,banyak peristiwa yang berlaku. ni tak tahu nak cerita yang mana. haha. tak pe la. aku terus ke kisah hari ni.
sekolah aku akan buat kem kokurikulum pada 22,23 dan 24julai ni di Ulu Yam. aku dah bagi tahu mak dari minggu lepas lagi aku nak pergi kem tu tapi kena bayar RM90.00. dan pagi tadi baru aku bagi kat mak surat kebenaran untuk disain. mak cakap ayah tak bagi pergi sebab bayarannya sangat mahal. aku bagi tahu mak yang kem ni untuk dapatkan markah kokurikulum sebab sekarang tingkatan5 dah tak ada kokurikulum waktu petang dan digantikan dengan kelas tambahan. mak cakap tak payah la pergi. mak nak simpan duit. tapi aku nak sangat pergi. sebelum aku pakai kasut,aku tengok mak pandang je surat kebenaran tu lama-lama. mak macam keliru nak sain ke tak. waktu tu aku rasa serba salah sangat. lepas tu mak sain dan terus masuk bilik. lepas aku pakai kasut,mak keluar bagi duit. aku tengok muka mak macam terpaksa bagi duit tu. mak hulurkan tangan untuk salam dan apabila aku dah sambut tangan mak,mak terus masuk.aku pergi sekolah dengan hati yang sangat keliru.
yaa Allah,aku tak tahu nak buat apa. aku nak pergi kem tu tapi aku tak nak pergi tanpa keredhaan mak ayah aku. aku tak nak terjadi apa-apa nanti sewaktu kat sana. hmmm. waktu kat sekolah,aku cerita kan kat kawan aku,dan dia cakap lebih baik tanya mak ayah dulu ikhlas tak bagi pergi ni. nanti kalau pergi sana tanpa keredhaan mak ayah,Allah tak redha dan macam-macam boleh berlaku. seharian aku berfikir dan aku dah ambik keputusan. esok aku tanya balik mak ayah aku yang aku boleh pergi ke tak. kalau ayah dengan mak tak kasi,aku pulangkan balik duit tu. tak mengapa laa. (:
No comments:
Post a Comment