Selamat Datang Ke Blog Ini. kedatangan anda amat dihargai. follow la jika mahu. Trima Kaseh. (:

Saturday 3 September 2011

1 Syawal

Assalamualaikum.
alhamdulillah,selesai juga menjalankan salah satu tanggungjawab umat islam iaitu puasa. 
hari terakhir puasa sudah berada di kampung yang dirindui iaitu di Tanjung Malim,Perak. persiapan menjelang raya sangat seronok. semua bekerjasama membuat persiapan. di dalam rumah mengemas apa yang patut,di luar rumah pula memasak. sibuk sungguh. yang si kecik pun nak sibuk menolong. haha. mari teruskan membaca.


si comel ~ Wafa.


Malam raya buat bacaan yassin dan tahlil. sebenarnya itulah budaya kita. memanjat kesyukuran dengan membuat bacaan yassin. bukannya meraikan aidilfitri dengan sambutan mercun tanpa henti. itu bukan budaya kita sebagai umat islam. tidak terniat hendak memerli atau berbangga diri. sebaliknya cuma ingin memperingatkan.

di pagi syawal,seawal 6.30pagi seisi keluarga sudah bersiap dengan baju raya baru untuk ke surau bagi menunaikan solat sunat aidilfitri.

beramai-ramai ke surau.


sesudah solat sunat aidilfitri dilaksanakan,seisi keluarga berkumpul untuk sesi bermaaf-maafan.



dan lepas tu,apa lagi. kutip duit rayalah. tak sedar dah tua nak duit raya lagi. haha. tapi kat abang sendiri wajid mintak. haha. keseronokan terserlah dapat duit raya. tak boleh nak control ayu dah. habis orang ambik gambar pun sikit tak perasan. haha.

sesudah tu,sesi bergambar. 
keluarga En.Azhar


keluarga En.Aminuddin

keluarga Pn.Zainon

keluarga tercinta.
En.Adnan sekeluarga.
tema biru tahun ni. tapi tudung kakak tak masuk warna biru.



bergambar beramai-ramai.
kelihatan meriah kan?
alhamdulillah.

sesudah bermaafan-maafan,kami beramai-ramai pergi ke kubur melawat kubur pak cik.


kemudian kami beraya rumah jiran tetangga. setahun sekali.









dah puas kumpul duit raya walaupun tak banyak,rehatkan badan di sungai. mandi,berendam,melompat sampai kesejukkan. lepas tu baru ingat nak balik rumah. haha.


ni dah sejuk baru ingat nak balik. kalau tak mandi tak ingat dunia.
~pic hodoh.

pabila malam menjelma,selapas solat isyak kami beraya lagi. pergi rumah En.Mazidul.
macam-macam dia kongsikan pengalamannya mengembara. kisah hantu,kisah tu,kisah ni,macam-macam laa.


tengok tu. bukan main terpegun lagi dengar cerita En.Mazidul tu. 

kami sempat bergambar lagi dengannya.

ni dengan abang tersayang,Aizuddin Fahmi. 
tengok rupa pakai tudung tu. first time pula saja-saja nak pakai. selekeh kan? haha. tahu dah. 

sesudah penat seharian beraya,pukul1 baru terlelap. penat tapi seronok. duit raya saya tak banyak pun tahun ni. sikit je. biasalah dah besar. haha. baiklah. saya berhenti setakat ini dulu. nanti bila ada masa lagi,saya buat cerita baru. then tayangkan kat pawagam. cewaah. bajet je. haha.

Salam Aidilfitri.

No comments: