Selamat Datang Ke Blog Ini. kedatangan anda amat dihargai. follow la jika mahu. Trima Kaseh. (:

Thursday, 8 December 2011

Pengangur

Salam Sejahtera,

PENGANGUR,
itu pangkat aku sekarang. dah 3hari lepas exam aku duduk rumah tak buat apa. orang lain dah mula mencari kerja dan ada yang dah mula bekerja pun tapi aku? hanya duduk rumah makan tidur je kerja aku. rasanya berat badan pun dah naik.

bukan aku tak teringin nak bekerja tapi aku tak nak kerja alamanda. tapi nak kerja mana lagi kalau bukan dekat situ sebab dah alamanda tu je yang paling dekat dengan rumah aku. bukan aku memilih tapi aku tak rasa aku mampu nak kerja alamanda sebab orang cakap kerja alamanda memenatkan. balik pulak sampai malam. aku laa orang yang tak berani jalan malam-malam lagi-lagi kalau tak ada teman. memang tak berani. haih. entah laa. ayah aku cadangkan aku masuk kelas belajar -----. InsyaAllah aku akan ikut cadangan ayah aku. mungkin itu yang aku rasakan terbaik. bulan1 aku akan mula masuk kelas. :)

KERJA,
aku rasa bukan masanya lagi untuk aku bekerja. aku terlalu muda dan masih banyak lagi yang aku perlu belajar. yaa. itu kebenarannya. bukan aku nak berlagak tapi aku fikir secara positif. dalam umur aku sekarang ni,rasanya bukan lagi masa untuk cari duit sebaliknya masa mencari ilmu. harap pembaca yang bekerja pada umur aku ni jangan terasa yaa. tak berniat untuk perli atau mengata sesiapa. :)

baiklah. rasanya cudah cukup banyak aku tulis ni. nanti kalau ada masa,akan ada post baru. undur diri dulu.
:)

Tuesday, 6 December 2011

Hari Terakhir Pakai Baju Sekolah

Salam,

Alhamdulillah,habis jugak aku jawab kesemua kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia. tadi kertas terakhir iaitu Metapelajaran Pemprosesan Makanan dari pukul 8pagi hingga 10.30pagi. susah gila wokkk. tapi nak buat macam mana,kertas pun dah hantar. hanya mampu tawakal saja.

lepas hantar buku teks,aku tak rasa nak pergi mana-mana dan rasa nak balik rumah terus sebab aku nak buka bukumuka aku yang dah berapa bulan aku tak aktifkan. sampai rumah je facebook tak boleh buka dan kena tunggu 24jam sebab aku dah terlalu lama tak buka. alahai. sabar je laa. 

tadi jalan-jalan ke blog orang lain dan buka blog wanie. 
ternampaklah post ni -
sebelum balik rumah tadi,aku peluk wanie. wanie diam tak cakap apa-apa terus buat aku rasa sebak. kiteorang sama-sama rasa sebak dan nangis. wanie selalu nasihat aku,selalu ajar aku dalam semua subjek yang aku tak berapa faham,selalu usap belakang aku bila aku rasa mengantuk tapi lepas tu dia pulak yang rasa mengantuk dan macam-macam lagi wanie buat sampaikan kalau aku rasa nak marah atau rasa nak merajuk dekat dia mesti tak jadi. aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri yang selalu sokong aku daripada belakang. jujur aku cakap,aku rasa bersyukur sangat berkesempatan dapat berkawan dengan budak pandai. trima kaseh kawan. :D

senja,
dapat mesej daripada Mia yang panjang lebar. dengan sekali imbas aku baca mesej tu terus nangis. sensitif betul. banyak kata-kata yang menyentuh hati dalam mesej tu. apa-apa pun,thankyou Mia. :)

Monday, 5 December 2011

Kenangan

Assalamualaikum.

pejam celik,pejam celik dah habis sekolah menengah. cepat betul masa berlalu. terlalu banyak kenangan waktu sekolah menengah yang tak dapat dilupakan. dan aku tahu sejauh mana aku pergi,kenangan dengan kawan selalu aku ingat. rasanya kalau tak pergi mana-mana pun selalu tersengih sorang-sorang ingatkan kenangan. haha. pengalaman.

jujur aku cakap,aku pernah rasa benci atau sakit hati kat kawan-kawan aku sendiri atas sesuatu kejadian sampai kan pernah rasa nak cekik je tapi rasa benci tu tak lama. sekejap je. lepas-lepas tu dah hilang dah. perasaan sayang pulak muncul. haha. ni cuti sekolah nak mula,perasaan rindu pulak muncul. mesti punyalah. :) 

lepas-lepas ni mesti susah dah nak berkumpul ramai-ramai. masing-masing sibuk bekerja. tapi kalau terjumpa dekat luar,jangan la buat-buat tak kenal yaa? sombong namanya tu. tak salah kalau bertegur kan? apa-apa pun,kita semua tak kan putus kawan kalau kita tak berniat macam tu. insyallah.

ada beberapa gambar untuk santapan. sebenarnya ada banyak lagi tapi aku tak larat nak masuk kan kesemuanya sebab terlalu banyak. nak pilih pun ragu-ragu takut korang tak suka tengok. maaf,aku masuk kan gambar semua ni tanpa minta izin korang dulu. kalau ada gambar yang korang rasa tak suka aku letak,bagi tahu aku yaa? nanti aku padam. okay,jum tengok.














































wajah kegembiraan terserlah kat semua orang. senyum,gelak tawa semua ada. aku harap,kenangan kita semua tak akan kita lupakan. dan aku tak harapkan persahabatan kita berhenti sampai sini. ^_^


YAA ALLAH,
sejujur-jujurnya aku sayang akan semua rakan-rakanku,
justeru itu,
KAU berkati dan rahmatilah meraka.
KAU lindungilah mereka seperti mana KAU lindungi Nabi Muhammad SAW,
KAU jauhilah mereka dari kecelakaan,
KAU tunjukkanlah mereka jalan yang KAU redhai dunia akhirat.
AMIN..