Selamat Datang Ke Blog Ini. kedatangan anda amat dihargai. follow la jika mahu. Trima Kaseh. (:

Monday, 5 December 2011

Kenangan

Assalamualaikum.

pejam celik,pejam celik dah habis sekolah menengah. cepat betul masa berlalu. terlalu banyak kenangan waktu sekolah menengah yang tak dapat dilupakan. dan aku tahu sejauh mana aku pergi,kenangan dengan kawan selalu aku ingat. rasanya kalau tak pergi mana-mana pun selalu tersengih sorang-sorang ingatkan kenangan. haha. pengalaman.

jujur aku cakap,aku pernah rasa benci atau sakit hati kat kawan-kawan aku sendiri atas sesuatu kejadian sampai kan pernah rasa nak cekik je tapi rasa benci tu tak lama. sekejap je. lepas-lepas tu dah hilang dah. perasaan sayang pulak muncul. haha. ni cuti sekolah nak mula,perasaan rindu pulak muncul. mesti punyalah. :) 

lepas-lepas ni mesti susah dah nak berkumpul ramai-ramai. masing-masing sibuk bekerja. tapi kalau terjumpa dekat luar,jangan la buat-buat tak kenal yaa? sombong namanya tu. tak salah kalau bertegur kan? apa-apa pun,kita semua tak kan putus kawan kalau kita tak berniat macam tu. insyallah.

ada beberapa gambar untuk santapan. sebenarnya ada banyak lagi tapi aku tak larat nak masuk kan kesemuanya sebab terlalu banyak. nak pilih pun ragu-ragu takut korang tak suka tengok. maaf,aku masuk kan gambar semua ni tanpa minta izin korang dulu. kalau ada gambar yang korang rasa tak suka aku letak,bagi tahu aku yaa? nanti aku padam. okay,jum tengok.














































wajah kegembiraan terserlah kat semua orang. senyum,gelak tawa semua ada. aku harap,kenangan kita semua tak akan kita lupakan. dan aku tak harapkan persahabatan kita berhenti sampai sini. ^_^


YAA ALLAH,
sejujur-jujurnya aku sayang akan semua rakan-rakanku,
justeru itu,
KAU berkati dan rahmatilah meraka.
KAU lindungilah mereka seperti mana KAU lindungi Nabi Muhammad SAW,
KAU jauhilah mereka dari kecelakaan,
KAU tunjukkanlah mereka jalan yang KAU redhai dunia akhirat.
AMIN..

No comments: