Selamat Datang Ke Blog Ini. kedatangan anda amat dihargai. follow la jika mahu. Trima Kaseh. (:

Tuesday, 6 December 2011

Hari Terakhir Pakai Baju Sekolah

Salam,

Alhamdulillah,habis jugak aku jawab kesemua kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia. tadi kertas terakhir iaitu Metapelajaran Pemprosesan Makanan dari pukul 8pagi hingga 10.30pagi. susah gila wokkk. tapi nak buat macam mana,kertas pun dah hantar. hanya mampu tawakal saja.

lepas hantar buku teks,aku tak rasa nak pergi mana-mana dan rasa nak balik rumah terus sebab aku nak buka bukumuka aku yang dah berapa bulan aku tak aktifkan. sampai rumah je facebook tak boleh buka dan kena tunggu 24jam sebab aku dah terlalu lama tak buka. alahai. sabar je laa. 

tadi jalan-jalan ke blog orang lain dan buka blog wanie. 
ternampaklah post ni -
sebelum balik rumah tadi,aku peluk wanie. wanie diam tak cakap apa-apa terus buat aku rasa sebak. kiteorang sama-sama rasa sebak dan nangis. wanie selalu nasihat aku,selalu ajar aku dalam semua subjek yang aku tak berapa faham,selalu usap belakang aku bila aku rasa mengantuk tapi lepas tu dia pulak yang rasa mengantuk dan macam-macam lagi wanie buat sampaikan kalau aku rasa nak marah atau rasa nak merajuk dekat dia mesti tak jadi. aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri yang selalu sokong aku daripada belakang. jujur aku cakap,aku rasa bersyukur sangat berkesempatan dapat berkawan dengan budak pandai. trima kaseh kawan. :D

senja,
dapat mesej daripada Mia yang panjang lebar. dengan sekali imbas aku baca mesej tu terus nangis. sensitif betul. banyak kata-kata yang menyentuh hati dalam mesej tu. apa-apa pun,thankyou Mia. :)

2 comments:

thaqibzaki said...

Tenaang tenang, senyum, hadapi semuanya dengan tabah. :)

faizah said...

insyaAllah . :)