Selamat Datang Ke Blog Ini. kedatangan anda amat dihargai. follow la jika mahu. Trima Kaseh. (:

Saturday, 27 August 2011

Aidilfitri menjelma.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
maaf jika saya ada buat salah pada anda. 
setiap orang tak pernah lari dari melakukan kesalahan dan saya pasti saya tak pernah sengaja melakukan kesalahan.
selamat bercuti.
semoga bergembira di hari yang mulia. 

Saturday, 20 August 2011

Ramadhan hampir berakhir.

Assalamualaikum.
anda sihat? diharapkan baik sahaja.
setelah sekian lama tak update blog,baru hari ni berkesempatan untuk menaip panjang lebar.

hari ni genaplah ramadhan yang ke-20. Alhamdulillah. 
malam ni dah malam lailatulqadar. mari lah kita sama-sama gunakan masa dengan sebaik yang mungkin. solat hajat,qiamulai,tunaikan lah jika berkemampuan. okay laa. tinggal 9hari lagi nak puasa. lepas tu ramadhan berakhir,aidilfitri menjelma.

persiapan raya semua dah ada. baju raya baru yang masih bau kedai. tapi sejujurnya aku cakap tahun ni aku tak rasa semangat nak raya. sikit pon tak terasa nak raya. sepanjang masa fikirkan percubaan spm yang akan berlangsung seminggu selepas cuti raya. naik je cuti raya tu,terus masuk dewan ambik percubaan spm. persiapan untuk hadapinya masih belum lengkap. perasaan takut masih belum hilang. perasaan yakin masih belum menjelma.

Yaa Allah,
kau berikanlah aku ketenangan untuk hadapi hari-hari mendatang.
jauhilah aku dari perasaan takut.
yakinkanlah aku.
amin.


saya tukar lagu raya nak hiburkan anda yang berkunjung ke ruang ini.
:)